-->

Ads 468x60px

Minggu, 05 Februari 2012

๑•ิ Gambaran Neraka Jahannam •ั๑


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu’alaykum warohmatullahi wabarokatuh..

Dikisahkan dalam sebuah hadis bahwa sesungguhnya neraka Jahannam
itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya
 memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada
setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu
terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya
pula terdapat 70,000 lembah dari api. Astaghfirullah hal'adziim..
Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat
70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000
kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000
kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai
70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala
tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.
Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan
dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahannam
itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu
datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka disebelah hadapan muka
mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang
mereka. Dan mereka (Jin dan Manusia) apabila terpandang akan asap tersebut
maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil,
“Ya Tuhan kami, selamatkanlah.”
Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda :
“Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam
itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000
malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada
diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud :
“Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras..”
Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun,
dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul
gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung
tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam
neraka Jahannam..

♣♣♣♣♣¤═══¤۩۞۩ ๑•ิ.•ั๑ ۩۞۩¤═══¤♣♣♣♣♣


Na’udzubillah mindzalik..
Astaghfirullah hal’adziim.. Astaghfirullah hal’adziim.. Astaghfirullah hal’adziim..
“Robbanaa aatinaa fiddunya hasanah wa fil aakhiroti hasanah wa qinaa adzabannaar”
Aameen yaa Rabb..

Pekanbaru, 12 Rabi' I 1433
Libur di Semester 3.. ^_^


0 Comment:

Posting Komentar

Alhamdulillaah.. Trimakasih sudah membaca.. :D
Semoga bermanfaat, and silakn baca entri lain.. :)